Saturday 2 August 2008

DIMAKI HAMUN

Keseronokkan mungkin kita akan rasa jikalau kita seorang ketua dapat memaki hamun orang bawahan kita jika mereka melakukan kesilapan dalam menjalankan tugas mereka .Adakah kita sedar bahawa kepuasaan yang kita rasa itu adalah satu kesengsaraan kepada pihak yang lain .


Apa perasaan orang yang kena maki,bagaimana mutu kerja selepas kena hamun..

Apa yang patut kita semua tahu adalah ...adakah diri kita patut dimaki dan di hamun kerana memikirkan susu anak anak dirumah,memikirkan patut terima makian kerana dapur harus berasap,kereta kena bayar,anak perlu ke sekolah ...inilah yang sentiasa ada dalam pikiran kita semua...

Sebelum saya menceritakan lebih lanjut lagi tentang hak hak kita sebagai pekerja bila menghadapi kerenah boss yang suka maki hamun ini ....ada baiknya kita membaca dulu kisah kisah benar yang akan di ceritakan oleh mereka yang pernah mengalami masalah ini tapi tidak tahu apa patut buat selain terpaksa menerimanya dengan hati yang tak rela.....

1 comment:

Anonymous said...

Kalau sakit hati dengan bos, baca je kat dia pantun ni (dari buku ‘Alamak, Bosku Seperti Hitler!’) hahaha:

Pagi-pagi, sudah mencemuh,
Si pemandu terus terdiam mengeluh,
Bos ini jenis yang kecoh,
Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.

“Ada pelanggan hendak jumpa”,
Itulah kata si setiausaha,
Bos enggan, mengantuk katanya,
Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.

Bos memanggil mesyuarat mengejut,
Ada pekerja berjalan bak siput,
Bos pun menengking sampailah semput,
Para pekerja terkentut-kentut.