Friday 29 August 2008

TIDAK DIBENARKAN BERSOLAT?

Walaupun sembahyang atau solat sepatutnya tidak menjadi isu bila kita bekerja dimana mana pun.Tiada siapa yang boleh menghukum atau melarang kita jika kita tak menunaikan tanggungjawab kita yang wajib ini melainkan pembalasan dari Allah swt kelak.

Persoalan yang saya ingin kemukakan disini ialah ADAKAH PIHAK MAJIKAN BERHAK MELARANG KITA dari melakukan kewajipan kita ini.

Mungkin ramai yang kata tak kisah sebab kalau majikan tak larang pun kita tak buat jugak ....itu pandangan bagi setengah orang ,dengan terdapatnya pandangan yang sebegini menyebabkan majikan mengambil kesempatan keatas orang lain terutamanya pada hari jumaat.

Setiap syarikat memang lebih mementingkan keuntungan denga apa cara sekali pun yang selalu diperah keringat adalah pekerja tapi tak mengapalah kerana gaji yang menjadi imbuhan .

Adakah kita boleh menerima jika pihak majikan memaksa kita pada hari jumaat tanpa membenarkan kita untuk bersolat dimasjid demi untuk mengelakkan kerugian dipihak sayrikat.

1. Apakah kita patut bersetuju.

2.Apakah kita mengetahui apa HAK kita.

3.Apakah kita patut mengingkari arahan ini.

4.Beranikah kita hentak meja boss kita untuk menentang arahan ini.

1 comment:

xang said...

jadi, apa yang patut di buat sebenarnya? tiada klaus dalam undang-undang buruh yang boleh di jadikan asas hujah? saya dah cari dalam akta pekerjaan 1955,tapi tak jumpa. dalam osha 94 pun tiada. kalau sesiapa ada jumpa,patut umumkanlah.