Monday 1 September 2008

DIBOLA BOLAKAN

Sebagai pekerja disesebuah syarikat sudah tentu kita mempunyai posisi tertentu yang diamanahkan untuk memajukan sesebuah syarikat.

Kalau kita ambil contoh satu pasukan bola yang berada dipadang setiap pemainnya mempunyai tugas masing masing untuk menjaminkan pasukan itu mencapai kemenangan bila bertarung dengan pihak lawan.

Penjaga Gol bertanggungjawab untuk mengawasi pintu gol supaya tidak di tembusi oleh pihak lawan,tugas pemain pertahanan adalah untuk memastikan serangan dari pihak lawan mesti dipatahkan serta pemain tengah yang bertanggungjawab untuk mengatur segala strategi pasukan ,pemain tengah memerlukan idea yang kreatif untuk mencipta peluang kepada penyerang menjaringkan gol di gawang pihak lawan.

Dalam pertembungan 2 pasukan yang hebat dalam permainan bolasepak ini amat menarik dan mengasyikkan perlawanan ini tanpa kita semua sedari "BOLA" yang ditendang didalam padang tersebut amat letih kerana sentiasa ditendang dan dilontar untuk kepentingan kedua dua pasukan terbabit tanpa rasa kasihan belas.

Begitu juga kalau kita semua ditempat kerja kita mempunyai tugas tugas tertentu untuk dilaksanakan.

ATAU tanpa kita sedari kita di telah di jadikan "BOLA" oleh pihak pihak tertentu untuk kepentingan mereka sendiri.

Apakah kita patut di bola bolakan di tempat kerja kita.....apa tindakan yang patut kita ambil bila keadaan ini berlaku?

No comments: